Bekalan air di 1,045 kawasan di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Air Selangor berkata, sehingga kini wilayah Petaling mencatatkan pemulihan hingga 92.43%, Klang/Shah Alam (39.55%), Gombak (84.67%), Kuala Lumpur (70. 85%), Hulu Selangor (100%), Kuala Langat (75%) dan Kuala Selangor (99.62%).

KUALA LUMPUR: Setakat pukul 6.30 petang hari ini, 1,045 daripada 1,292 kawasan pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air di Selangor apabila loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang henti tugas pada 3 Sept 2020 kerana pencemaran sumber air.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyatan malam ini berkata, baki 247 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

Sistem agihan juga sedang distabilkan untuk membolehkan 24 lagi kawasan pulih sehingga pukul 12 tengah malam ini.

Air Selangor menasihati para pengguna supaya tidak menyimpan dan menjimatkan penggunaan air bagi melancarkan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas.

Sehingga kini wilayah Petaling mencatatkan pemulihan hingga 92.43%, Klang/Shah Alam (39.55%), Gombak (84.67%), Kuala Lumpur (70. 85%), Hulu Selangor (100%), Kuala Langat (75%) dan Kuala Selangor (99.62%).