5 kategori masakan Vietnam disenarai rekod dunia

Vietnam diiktiraf sebagai negara mempunyai paling banyak hidangan ‘dedaun dan berkuah’ di dunia, iaitu 164 sajian. (Gambar WorldKings)

World Records Union (WorldKings) mengiktiraf 5 kategori masakan Vietnam dan dicatatkan dalam rekod dunia, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Keputusan itu berdasarkan pencalonan Vietnam Records Organisation (VietKings) awal tahun ini.

Majlis Penilaian WorldKings meluluskan permohonan untuk negara memiliki hidangan “dedaun dan berkuah” paling banyak di dunia (164 sajian dan sentiasa diperbaharui).

Vietnam juga diiktiraf negara dengan pelbagai jenis “mam” (ikan masin) dan sajian diperbuat daripada “mam” dengan perisa khas di dunia (100 hidangan dan banyak lagi), negara dengan hidangan terbanyak daripada bunga (272 sajian dihasilkan daripada 43 bunga berbeza).

Negara Asia Tenggara itu juga mempunyai makanan yang digulung khas paling banyak di dunia (103 hidangan) dan kebanyakannya diperbuat daripada tepung beras (143 hidangan).

Gambar dan maklumat terperinci hidangan Vietnam akan dikemas kini di media WorldKings pada masa akan datang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila e-mel ke [email protected]