Ahli Parlimen terima notis tuntutan RM50 juta berhubung catatan Twitter

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming percaya perkara itu berkepentingan awam.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menerima notis tuntutan daripada eksekutif kanan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LCUT) berhubung catatan Twitter tentang kampus universiti itu di Freetown, Sierra Leone.

Notis itu dihantar oleh peguam kepada naib presiden kanan universiti Gail Phung, menuntut Ong membayar pampasan dan ganti rugi sebanyak RM50 juta.

Dalam kenyataan hari ini, Ong “bukan bersetuju atau tidak bersetuju” dengan ciapan yang dirujuk dalam catatan Twitter.

“Saya merujuk kepada ciapan tersebut untuk memberikan konteks kepada tuduhan yang ditimbulkan supaya pihak berkuasa di Malaysia sedar akan kes ini dan melakukan siasatan,” katanya.

Beliau tidak akan memohon maaf secara terbuka kerana percaya perkara itu berkepentingan awam dan sesuai dengan peranannya sebagai ahli Parlimen.

“Saya mengarahkan peguam saya, Syahredzan Johan, untuk menjawab notis yang dikeluarkan peguam Gail Phung dan menyatakan pendirian saya mengenai notis itu.”