Jabatan veterinar beri notis kepada pemilik anjing, susulan dakwaan dera haiwan

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberikan notis kepada seorang pemilik anjing hari ini, dalam siasatan ke atas dakwaan dera 3 ekor anjing peliharaannya.

Pengarah JPV Johor, Dr Aida Muhid, ketika dihubungi memaklumkan notis dihantar ke kediaman individu itu.

“Kami sudah meletakkan notis supaya pemilik menghubungi jabatan untuk tindakan selanjutnya.”

Terdahulu, Ketua Polis Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan dalam siasatannya.

Tiga haiwan berkenaan juga diserahkan kepada JPV untuk tindakan lanjut.