59 mangsa banjir di Kapit, Song pindah ke PPS

Jurucakap pusat gerakan operasi bomba Sarawak berkata 2 pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing di Kapit dan Song dibuka hari ini untuk menempatkan 59 mangsa banjir. (Gambar Facebook)

KUCHING: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing di Kapit dan Song dibuka hari ini untuk menempatkan 59 mangsa banjir.

Jurucakap pusat gerakan operasi bomba Sarawak berkata, seramai 43 orang mangsa banjir di Kapit dipindahkan ke PPS di Stadium Kapit.

“Mereka adalah sebahagian daripada 84 mangsa daripada 25 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda Kapit sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, katanya di Song 16 mangsa dari Rumah Kulleh dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Nanga Embuau.

Jumlah keseluruhan mangsa terjejas akibat banjir di Song adalah 44 orang daripada 15 keluarga.