Akaun Twitter dedah remaja perempuan terjebak dalam seks SM

Dengan menaip ‘sadomasochism’ dalam ruang carian di Twitter, akan muncul pelbagai akaun penggemar SM dan kebanyakan nama akaun tersebut menggunakan gelaran seperti ‘amoi seksi’, ‘penggemar SM’ dan ‘bitch’.

PETALING JAYA: Sebuah akhbar tempatan melaporkan, terdapat rakyat negara ini yang membuka akaun Twitter mengenai seks sado-machoisme (SM) dan ada remaja perempuan terjebak dengan aktiviti seks tersebut.

Wartawan akhbar berkenaan menggunakan akaun palsu untuk menyamar sebagai remaja perempuan dan menghubungi penggemar sadisme yang merekrut penggemar machoisme secara terbuka diTwitter.

Ia mendapati terdapat penggemar sadisme lelaki pernah menjalankan seks SM dengan remaja perempuan yang hanya berumur 13.

Sadisme ialah perlakuan seks melalui kekejaman atau penderaan ke atas seorang lain, manakala machoisme merujuk kepada orang yang mendapat nikmat seks melalui kesakitan dan penderaan.

Dengan menaip “sadomasochism” dalam ruang carian di Twitter, akan muncul pelbagai akaun penggemar SM dan kebanyakan nama akaun tersebut menggunakan gelaran seperti “amoi seksi”, “penggemar SM” dan “bitch”.

Dalam ruangan “perkenalkan diri”, penggemar seks SM akan mengemukakan identiti dan aktiviti seks yang digemarinya.

Sebagai contoh, pengguna Twitter itu memperkenalkan diri sebagai ” pakcik berkualiti dan mengemari aktiviti seks SM tahap ringan.”

Selain, daripada penggemar machoisme dalam kalangan perempuan bujang, golongan tersebut juga merekrut pasangan.

Seorang peguam mendedahkan bahawa beliau pernah menerima surat daripada seorang pelajar memaklumkan bahawa seorang remaja perempuan yang membesar bersamanya terjebak dalam aktiviti seks SM.

Remaja perempuan itu berumur 14 dan keluarganya tidak tahu akan perkara tersebut.

Pelajar itu berkata, remaja itu hilang kawalan diri dalam aktiviti seks SM dan menjadi hamba seks lelaki yang tidak dikenalinya.