Ceroboh tanah di Raub: SPRM ambil dokumen pejabat tanah, perhutanan daerah

Pada 1 Ogos, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di tanah kerajaan negeri.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil dokumen berkaitan isu pencerobohan tanah kerajaan negeri di Raub, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya mengambil dokumen terbabit di Pejabat Daerah Tanah Raub, Pejabat Hutan Daerah Raub dan Pejabat Renjer Raub, Pahang untuk dikaji dan disiasat dengan lebih lanjut.

“Perkara ini perlu kami ambil semua perkara. Kami (SPRM) tak boleh mendengar sebelah pihak sahaja,” katanya di sini.

Dalam perkembangan sama, Azam berkata, sehingga Selasa lepas, SPRM memanggil 18 individu yang terlibat dalam mengusahakan tanah di Raub itu dan dirakam percakapan.

Sebelum ini, Azam dilaporkan mengarahkan SPRM Pahang untuk mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Daerah dan Tanah Raub serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berhubung pencerobohan tanah kerajaan negeri itu.

Pada 1 Ogos, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.