Lelaki dipercayai warga asing dibunuh

Mayat yang dipercayai ditikam itu ditemui berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran tangga pangsapuri di Bandar Putra Permai.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini, semalam.

Mayat lelaki dipercayai warga asing itu, dijumpai berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran tangga pangsapuri itu, kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut polis, lelaki itu dipercayai ditikam dalam 1 pergaduhan, bagaimanapun bilangan mereka yang terlibat masih disiasat.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis masih menyiasat punca kejadian.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat.