Kerana cinta, Juri Masterchef, Gregg Allan berjaya menguruskan berat badan.

Anna adalah sumber inspirasi Gregg untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga. (Gambar Instagram)

Di mana ada kesungguhan, di situ ada jalan, inilah yang dibuktikan oleh Juri Masterchef, Gregg Allan Wallace, selepas berjaya menurunkan berat badannya sehingga 76kg dari 101kg sebelumnya. Tubuh Gregg kini lebih fit dan rutin kehidupan hariannya juga lebih sihat, ceria dan bahagia. Semuanya kerana cinta dan kesabaran, Gregg berhasil melakukannya.

“Saya kini lebih bertenaga, lebih yakin dan mempunyai stamina yang lebih kuat berbanding usia 25 tahun dahulu,” ujar Gregg kini telah membuka akaun Instagramnya greggshowme.fit.

Sebelum dan selepas kurus. (Gambar Instagram)

Melalui akaun Instagram ini Gregg banyak berkongsi pengalaman kejayaannya menurunkan berat badan dengan pengikutnya. Walaupun ramai beranggapan sesorang yang berkerjaya seperti Gregg yang sentiasa dikeliling makanan-makanan yang enak dan lazat akan mempunyai susuk tubuh yang gempal. Namun, ia bukan mustahil bagi ikon Masterchef ini.

Berkat kejayaan menguruskan badan, Gregg mengatakan kehidupan rumahtangganya dengan Anna kini lebih bahagia. Anna adalah wanita yang menjadi sumber inspirasinya mengubah rutin harian menjadi lebih sihat dengan menjalani aktiviti bersukan dan mengamalkan diet sihat.

“Anna jauh lebih muda daripada saya. Dia 33 dan saya 55 tahun, oleh itu saya tidak mahu menjadi pasangan gemuk dan tidak sihat kepada Anna. Selepas doktor mengesahkan saya mempunyai kolestrol tinggi, saya terus ingin berubah.

Selepas mendapat pengesahan dari doktor mengenai kandungan kolestrol yang tinggi, Gregg terus mencari seorang jurulatih peribadi yang boleh mengubah gaya hidupnya menjadi lebih sihat dan kelihatan lebih menarik bila berada di khayalak ramai dan televisyen.

Gregg juga amat beruntung kerana Anna sentiasa memberi semangat dan sokongan kepadanya dengan menyediakan menu-menu sihat untuknya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]