Sudan bincang dengan AS pelan damai Arab-Israel

Menurut laporan Al Jazeera, seorang delegasi Sudan dan pegawai AS mengadakan pertemuan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan bagaimana perdamaian itu akan menstabilkan rantau berkenaan, dan memperoleh solusi 2 negara dalam isu Israel-Palestin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sudan berbincang dengan Amerika Syarikat mengenai pelan damai antara negara Arab dan Israel, kata pihak berkuasa pada Rabu.

Menurut laporan Al Jazeera, seorang delegasi Sudan dan pegawai AS mengadakan pertemuan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan bagaimana perdamaian itu akan menstabilkan rantau berkenaan, dan memperoleh solusi 2 negara dalam isu Israel-Palestin.

Pasukan Sudan diketuai Jeneral Abdel-Fattah al-Burhan, bertolak ke UAE pada Ahad untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai AS bagi membincangkan beberapa isu, termasuk pengecualian Sudan daripada senarai AS berhubung “negara yang menyokong keganasan”.

Pegawai Sudan mengadakan “perbincangan serius dan terbuka” mengenai masa depan perdamaian antara negara Arab dan Israel, yang akan menjurus ke arah “kestabilan dalam rantau itu dan memelihara hak rakyat Palestin untuk mendirikan negara mereka menurut wawasan solusi 2 negara”,” kata majlis itu dalam kenyataan selepas pulang daripada pertemuan berkenaan.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan “peranan Sudan yang dijangka dimainkan untuk mencapai perdamaian itu”, kata itu tanpa memberi sebarang butiran.