Bunga mawar tajamkan daya ingatan

Bukan sekadar cantik tetapi mempunyai nilai keistimewaan tersendiri.

Selain cantik dan harum, bunga mawar sememangnya memiliki keistimewaan tersendiri. Aroma bunga mawar dikatakan dapat meningkatkan daya ingatan.

Kajian telah dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Lubec di Jerman.

Sejumlah responden telah diminta untuk mengamati objek tertentu di komputer. Kemudian mereka disuruh untuk mencium aroma bunga mawar sebelum tidur.

Esoknya mereka diuji dan ternyata, bau bunga mawar yang dihidu sebelum tidur telah meningkatkan kemampuan mereka untuk mengingati dengan ketepatan sehingga 97.2 peratus.

Sedangkan yang tidak mencium aroma mawar hanya dapat mengingati dengan ketepatan 86 peratus sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]