Warisan Plus hilang undi Kadazan, seorang pemimpin PKR nampak ‘corak bahaya’

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin PKR nampak kemunculan suatu “corak yang jelas dan bahaya” daripada kekalahan demi kekalahan yang dialami Pakatan Harapan dan sekutu, selepas angka tidak rasmi menunjukkan Warisan Plus tewas di Sabah.

Turut menarik perhatian Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, adalah mengapa ia hilang undi Kadazan.

“Bagaimana Perikatan Nasional/Barisan Nasional/Gabungan Rakyat Sabah yang tidak bersatu padu dan pertandingan pelbagai penjuru di kebanyakan kerusi dapat menghasilkan keputusan seperti itu?” katanya dalam kenyataan.

Wong menjelaskan secara teori, pertandingan pelbagai penjuru sepatutnya memberi kelebihan kepada Warisan Plus.

“Tetapi ia tidak berhasil di banyak kerusi,” katanya, dan menambah pasukannya akan meneliti data-data berkenaan dalam beberapa hari akan datang.

Turut menarik perhatiannya adalah kekalahan di Inanam, yang sebelum ini dimenangi PKR menerusi Kenny Chua, yang berhijrah ke STAR.

“Sangat menarik untuk tengok adakah semua andaian kita terbukti tepat dan betul mengikut ramalan bagi kerusi Inanam,” katanya.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah