Jangkitan Covid-19 di Indonesia kini 275,213 kes, kematian 10,386
Sebanyak 3,874 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24.
JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,874 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 275,213.
Berdasarkan data disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 129,553 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 78 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,386 orang.
Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 70,441 kes, dengan tambahan 1,217 kes baharu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,118 orang, diikuti Jakarta (1,686), Jawa Tengah (1,389) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.