Penyakit jantung, nyahkan ia dari hidup anda!

Penyakit jantung adalah penyebab utama kematian di Malaysia. (Gambar AFP)

Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung adalah berkait dengan sistem peredaran jantung dan pembuluh darah. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit kardiovaskular adalah penyebab utama kematian di hospital-hospital KKM.

Laporan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2019 iaitu sebanyak 18,267 kematian (15.6%) daripada 117,387 kematian (yang disahkan secara perubatan) pada 2018 disebabkan penyakit jantung.

Melalui statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, anggaran penyakit jantung koronari adalah sebanyak 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk. Kadar kematian dianggarkan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser di kalangan wanita.

Lebih dari 90% pesakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular utama. Antara puncanya:

  • Tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti merokok, kurang bersenam dan mengamalkan diet tidak seimbang
  • Mempunyai tekanan darah tinggi
  • Menghidap hipertensi
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Tahap kolesterol yang tinggi
  • Kandungan lemak dalam badan yang tinggi
  • Kencing manis tidak terkawal
  • Stress yang tidak terkawal
  • Pengambilan alkohol
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Menghidap diabetes

Simptom serangan jantung adalah berbeza mengikut individu. Ada yang mengalami kebas tangan kiri hingga sebahagian tengkuk, sakit pada bahagian tengah dada, sesak nafas, pening kepala, berpeluh dingin, jantung berdebar, letih lesu, rasa pitam dan pengsan.

Tanda-tanda lain:

  • Sesak nafas
  • Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
  • Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
  • Berpeluh dingin
  • Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
  • Pening kepala dan berasa loya
  • Kebas
  • Kerap kencing malam
  • Haus atau dahaga
  • Penglihatan kabur
  • Berdebar-debar

Sekiranya anda mempunyai salah satu tanda di bawah, sila ke hospital atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan awal.

Komplikasi yang dihadapi pesakit jantung selepas serangan

  • Aktiviti harian menjadi terbatas
  • Sukar untuk kembali bekerja
  • Kurang daya tumpuan
  • Mudah letih
  • Sukar untuk bertenang
  • Menghadapi masalah hubungan seksualiti

Cegah lebih awal

  • Lakukan senanam sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, 3 kali seminggu
  • Amalkan berat badan ideal
  • Berhenti merokok
  • Belajar menangani tekanan perasaan
  • Selalu periksa tekanan darah
  • Kawal paras kolesterol
  • Elakkan mengambil minuman beralkohol
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Sekiranya anda mengalami sakit dada dan kesukaran bernafas, hubungi talian kecemasan 999 atau segera ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berdekatan.

Elak dari memandu sendirian kerana ia akan membahayakan nyawa anda dan pengguna jalan raya lain.

#HariJantungSedunia
#SayangiKehidupanCegahPenyakitJantung

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]