Exco Kedah positif Covid-19

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan seorang anggota exco kerajaan negeri itu yang pernah ke Sabah semasa PRN Sabtu lepas disahkan positif Covid-19.

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan seorang exco kerajaan negeri yang sebelum ini pernah ke Sabah semasa pilihan raya negeri itu positif Covid-19.

Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, exco itu sudah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut mulai semalam.

“Jabatan Kesihatan sedang mengesan kontak rapat exco berkenaan, termasuk anggota keluarganya dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Setakat ini, hanya exco berkenaan sahaja yang disahkan positif wabak itu dan tiada exco lain yang dijangkiti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan exco itu juga adalah kontak rapat kepada pembantunya yang turut disahkan positif Covid-19 kelmarin.

Semalam, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, 3 exco tidak menghadiri mesyuarat kerajaan negeri kerana menjalani kuarantin di rumah.