Limau Segarkan Taugeh

Taugeh yang dicelur sedap dimakan sebagai ulaman bersama masakan mi kari, soto dan lain-lain.

Pernah tak anda alami, sedang sedap memasak tiba-tiba anda sedar taugeh yang disimpan di dalam peti sejuk sudah tidak segar lagi. Ini memang mengecewakan. Apatah lagi hidangan lain sudah tersedia.

Cubalah tips ini yang mungkin boleh membantu:

Sebelum menyimpan taugeh di dalam peti sejuk, perahkan sedikit limau ke dalam air rendaman taugeh tersebut. Pastikan juga anda menukar airnya setiap hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]