Makanan sihat untuk pesakit jantung

Diet sihat yang bagus diamalkan oleh semua orang. (Gambar Rawpixel)

Bagi mereka yang pernah terkena serangan jantung, pemakanan yang sihat perlu diamalkan bagi mengelakkan serangan kedua. Rawatan susulan ke hospital dan pemeriksaan yang kerap juga perlu dilakukan bagi melihat tekanan darah, bacaan gula, kolesterol dan lain-lain.

Ikuti jadual pemakanan sihat di bawah bagi pesakit jantung:

Jadual pemakanan sihat

1. Sarapan

  • Makan telur (ambil putihnya sahaja) setiap pagi.
  • Karbohidrat kompleks yang mempunyai serat yang tinggi seperti roti, bijian, oat, susu rendah lemak atau omega.
  • Sebiji buah epal
  • Teh, kopi, nescafe yang nipis dengan 1 sudu teh gula. Elakkan susu pekat manis, cair atau krimer.

2. Kudapan (Jam 10-11 pagi)

  • Makan buah dan biskut rendah lemak tetapi tinggi serat.
  • Yogurt rendah lemak.
  • Kekacang yang berlemak seperti almond dan cashew.
  • 2 liter air masak

3. Makan tengahari

  • 2 senduk nasi.
  • 2-3 sudu besar kuah (elakkan santan).
  • Lauk jenis rebus, bakar, singgang dan yang kurang lemak.
  • Banyakkan mengambil ikan.
  • Gunakan minyak zaitun dan minyak jagung.

4. Makan malam

  • Makan awal.
  • Menu seperti makan tengahari.
  • Kurangkan gula kerana pergerakan yang kurang pada waktu malam akan menyebabkan lebihan gula menjadi lemak.
  • Gantikan gula dengan stevia.

Perkara yang perlu dilakukan

  1. Dapatkan tidur yang cukup. Setiap petang atau awal pagi, cuba ambil udara segar. Tidak perlu senaman berat, cukup dengan berjalan sekitar tanam sahaja.
  2. Elakkan makanan bergaram. Jika boleh jangan makan makanan dari luar.
  3. Masak makanan dengan cara sihat seperti memanggang, bakar dan kukus.
  4. Kurangkan makanan bergoreng.
  5. Gunakan kuali tidak melekat untuk memasak.
  6. Buang semua bahagian lemak dan kulit pada ayam dan daging. Elakkan makan kepak, kaki ayam dan bahagian yang berlemak.
  7. Makan makanan berserat seperti oat tetapi elakkan makanan 3 dalam 1.
  8. Makan makanan segar. Elakkan makanan berproses dan diawet, makanan dalam tin dan makanan segera.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]