Cucur ikan bilis; hidangan enak juadah petang

Cucur ikan bilis, sedap dimakan bersama secawan kopi atau teh.

Cucur Ikan Bilis

Ramuan:

70g ikan bilis kering
● 100g air panas yang baru dididih
● 40g kucai (potong dalam 2cm panjang)
● 80g bawang besar (dihiris)
● 40g cili merah (dipotong dadu dan dibuang bijinya)
● 1 biji telur
● 140g tepung naik sendiri
● 1 sudu kecil lada putih
● ½ sudu teh perasa ikan bilis atau secukup rasa
● Minyak masak

Penyediaan:

  1. Rendamkan ikan bilis di dalam air panas yang baru sahaja dididihkan selama 1 hingga 2 minit. Kemudian, kisar ikan bilis dan air panas sehingga hancur.
  2. Tambahkan tepung naik sendiri ke dalam campuran ikan bilis dan gaul sehingga adunan menjadi sebati.
  3. Seterusnya, campurkan lada putih dan perasa ikan bilis/secukup rasa dan kacau sehingga rata.
  4. Akhirnya, tambahkan kucai, bawang, cili dan telur. Gaul sehingga semua bahan-bahan diserak secara rata di dalam adunan.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Setelah minyak cukup panas, masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Boleh menggunakan sudu atau tangan.
  7. Biarkan sehingga cucur kelihatan kuning keemasan barulah diangkat.
  8. Biarkan sejuk dan bolehlah dihidangkan bersama sos cili.

Tips tambahan

  • Resepi ini tidak memerlukan garam kerana kemasinan ikan bilis kering sudah memadai. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada anda. Rasa sedikit acuan sebelum menggoreng. Jika perlu, masukkan sedikit garam mengikut citarasa.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]