Hanya 30 minit sahaja!

Berjalan kaki dapat meningkatkan kesihatan jantung selain mengurangkan berat badan.

Hanya 30 minit sahaja diperlukan dalam sehari untuk anda kekalkan kesihatan jantung dan tubuh melalui senaman berjalan.

Senaman yang mudah dilakukan, hanya dengan berjalan otak dan jantung dapat dirangsangkan sekaligus dapat melancarkan peredaran darah.

Cuba bermula dengan 5,000 hingga 10,000 langkah setiap hari. Senaman ini tidak memerlukan waktu yang khusus. Hanya luangkan sedikit masa di waktu pagi atau petang. Mulakan di sekeliling rumah atau kawasan taman anda.

Faedah senaman berjalan

  • Mengurangkan berat badan
  • Menguatkan tulang dan otot
  • Mengurangkan risiko penyakit diabetes
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan paras hormon endorphin

Jangan lupa patuhi SOP ketika berada di luar rumah.

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]