Cara menangani emosi dan kesan psikologi akibat kanser

Amat penting untuk keluarga dan rakan-rakan pengidap kanser memahami emosi yang dihadapi mereka. (Gambar Rawpixel)

Stres, trauma, murung; ini adalah antara kesan-kesan emosi yang dihadapi oleh pengidap kanser. Malah, ada yang tidak dapat menerima kenyataan dan merasakan ini adalah penghujung hidup mereka.

Merawat kanser sememangnya sukar tetapi merawat emosi pengidap kanser sama sukarnya, bukan hanya kepada pesakit tetapi juga keluarga mereka.

Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan tekanan emosi pesakit kanser ini. Tetapi sebelum itu ketahui dahulu apa yang mengganggu mereka.

Kejutan

Kejutan adalah reaksi pertama yang dihadapi oleh pesakit kanser. Saat diberitahu mereka diagnosis kanser, perasaan terkejut akan menyelubungi. Selalunya ia mengambil masa yang lama untuk reda. Malah, kerana terlalu terkejut, kadang-kala mereka tidak tahu apa yang mereka katakan.

Ada yang merasa berada bersama keluarga adalah jalan terbaik untuk membantu mereka menangani perasaan ini. Tetapi ada juga yang memilih untuk bersendirian.

Tekanan

Minggu-minggu seterusnya selepas didiagnosis kanser pesakit akan menjadi begitu tertekan. Begitu juga keluarga mereka. Banyak perkara menjadi persoalan dan banyak yang perlu mereka ketahui.

Paling berkesan jika pesakit dapatkan ‘pasukan kesihatan’ untuk membantu memberikan informasi yang diperlukan mengenai penyakitnya.

Rakan-rakan dan keluarga juga antara mereka yang paling perlu berada di samping pesakit untuk memberikan bantuan.

Kesedihan, kemusnahan dan depresi adalah emosi yang biasa dialami selepas tahu mereka diagnosis kanser. (Gambar Rawpixel)

Kesedihan dan depresi

Kesedihan, kemusnahan dan depresi adalah emosi yang biasa dialami selepas tahu mereka diagnosis kanser. Kuncinya adalah bagaimana mereka menghadapinya.

Pesakit mesti sentiasa berada bersama orang tersayang dan keluarga kerana mereka mungkin pembantu paling terbaik buat masa ini.

Jika depresi dan kesedihan menjadi lebih teruk, cuba dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan dan ahli terapi.

Jangan cuba melawan perasan ini sendirian. Terdapat banyak bantuan di luar sana, anda hanya perlu tanya dan tahu di mana untuk mendapatkannya.

Antara tanda-tanda depresi:

  • Tidak lagi menunjukkan minat terhadap aktiviti yang sering dilakukan.
  • Selalu berasa tertekan.
  • Tidak lagi mampu merasai keseronokan.
  • Tidak lagi mampu menumpukan pada apa-apa juga perkara.
  • Selalu saja ingat akan kematian dan cuba membunuh diri.
  • Waktu tidur dan habit makan bertukar.

Ini adalah antara simptom depresi sederhana dan jika pesakit berterusan mengalami depresi sebegini, dia harus berjumpa dengan pakar untuk membantu.

Ketakutan

Ketakutan adalah satu lagi emosi biasa dialami penghidap kanser selepas tahu dirinya dignosis kanser. Mereka tidak pasti tentang masa hadapan mereka dan tidak tahu arah mana yang harus dituju.

Takut untuk mati, takut terhadap rawatan dan takut kepada keluarga dan orang yang tersayang, perkara ini akan menjadi ketakutan paling besar buat mereka.

Apa yang pasti, pesakit mesti cuba untuk mengekalkan sikap positif dan jika mereka terlalu dibelenggu dengan ketakutan, mereka harus meminta bantuan dari keluarga atau pakar.

Dennis Relojo-Howell adalah pengasas Psychreg dan hos untuk rancangan The DRH Show. Anda boleh menghubunginya di Twitter @drelojo_howell

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]