Fazura selamat melahirkan bayi perempuan

Fazura berterima kasih atas doa semua sepanjang tempoh kehamilan hingga selamat melahirkan.

Khabar gembira buat semua peminat Fazura. Pelakon ini telah selamat melahirkan anak sulungnya hasil perkongsian hidup bersama Fattah Amin.

Berita gembira ini dikongsi Fazura dan Fattah Amin menerusi entri Instragram masing-masing.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kali telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.

Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” tulisnya.

Rata-rata entri tersebut mendapat komen ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat-peminatnya.

Pasangan Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017.

Tahniah buat pasangan popular ini di atas kelahiran bayi perempuan mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]