Kerajaan wajib kuarantin individu pulang dari Sabah

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago kesal kerana kerajaan tidak mengeluarkan larangan perjalanan ke Sabah walaupun terdapat peningkatan kes mendadak di negeri itu.

PETALING JAYA: Semua individu yang pulang dari Sabah wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari walaupun ujian saringan awal semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa adalah negatif.

“Sangat mengejutkan bahawa Hisham (Ketua Pengarah Kesihatan) tidak berkeras untuk mengkuarantin mereka yang pulang dari Sabah sehingga terlambat dan itu juga hanya 3 hari, bukannya 14 hari,” kata ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga kesal kerana kerajaan tidak mengeluarkan larangan perjalanan ke Sabah walaupun terdapat peningkatan kes mendadak di negeri itu.

“Sekarang kita mencatatkan kebolehjangkitan yang meluas dan kemungkinan merekodkan kes lebih tinggi dalam beberapa hari akan datang,” katanya.

Malaysia mencatatkan kes Covid-19 tertinggi pada Jumaat iaitu 287 kes, sejak penularan wabak itu di negara ini.

Sebelumnya, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdulah menerusi ciapan di Twitternya juga memberi amaran kemungkinan berlaku 1 lagi pusingan perintah kawalan pergerakan (PKP) .

“Ia bukan 1 perkara main-main. Satu lagi pusingan PKP akan meruntuhkan ekonomi, menjadikan rakyat Malaysia lebih ramai kehilangan kerja, menutup lebih banyak perniagaan dan kita sudah lihat perkara ini berlaku di beberapa negara di dunia.

“Oleh itu, tiada seorang pun yang boleh dibebaskan tanpa masalah selepas mewujudkan ketakutan dan kekeliruan ini.

“Setiap ahli politik, anggota Kabinet atau pegawai kanan penjawat awam yang gagal menjalankan tugas mereka, mengamalkan ‘double standard’ dan menolak protokol dengan lantang mesti dihukum,” katanya.