Hilangkan panas cili

Cili, memang tidak sah jika tidak digunakan dalam masakan. (Gambar Facebook)

Tidak sah rasanya jika tidak menggunakan cili dalam masakan. Orang melayu dan rasa pedas memang sinonim. Tetapi sering juga cili yang dipegang akan meninggalkan kesan panas memijar pada tangan. Ini terjadi bila kita memegang cili dalam kuantiti yang banyak.

Apa kata anda cuba tips mudah ini:

Larutkan dua sudu besar garam ke dalam setengah gelas air. Gosokkan pada tangan yang terasa panas. Kemudian panaskan tangan di atas haba api. Layangkan perlahan-lahan.

Akhir sekali, bersihkan tangan menggunakan sabun dan air sejuk. In sha Allah rasa panas memijar itu akan segera hilang.

Selamat mencuba.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]