Kita perlu guru lebih baik, bukan prasekolah elit, kerajaan diberitahu

Kerajaan mencadangkan penubuhan prasekolah yang lebih baik bagi kanak-anak daripada keluarga M40.

PETALING JAYA: Sebuah persatuan pendidikan awal kanak-kanak mendesak kerajaan meningkatkan kualiti guru prasekolah, bukannya fokus kepada tadika “elit”.

Persatuan itu berkata, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda.

Presiden Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia Chiam Heng Keng berkata, peningkatan aspek tadika “elit” tidak akan bermanfaat bagi kanak-kanak tanpa guru yang bagus.

“Prasekolah elit tidak akan dapat menghasilkan pelajar terbaik jika guru tidak dilengkapi kemahiran diperlukan untuk membentuk anak-anak pada awal pembelajaran.

Chiam Heng Keng.

“Kualiti guru lebih penting daripada meningkatan kemudahan. Semua tadika, sama ada elit atau tidak, mempunyai kurikulum sama yang diluluskan persatuan tadika kebangsaan. Perbezaannya adalah seberapa kreatif seorang guru untuk melaksanakan pengaaran mereka,” katanya.

Kerajaan mencadangkan untuk menubuhkan kemudahan dan modul pembelajaran tadika “elit” bawah Kemas bagi anak-anak daripada kumpulan keluarga berpendapatan sederhana M40.

Chiam, yang mengasaskan program pendidikan awal kanak-kanak di Universiti Malaya berkata, cadangan prasekolah akan memberi kesan yang anak-anak B40 (daripada keluarga berpendapatan rendah) tidak mempunyai peluang sama untuk berjaya dalam hidup, memperluas jurang pendidikan antara 2 kumpulan itu.

Katanya, cadangan itu juga akan menghalang perkembangan kognitif kanak-kanak.
“Kanak-kanak M40 akan lebih memikirkan diri mereka daripada yang sepatutnya, dan mereka lebih baik daripada yang tidak mempunyai kemampuan kewangan,” katanya.

Beliau mendesak kerajaan menggunakan bajet prasekolah elit untuk melatih guru.

Teo Nie Ching.

“Kemas harus memastikan semua guru di pusat mereka terlatih dengan baik,” katanya memaklumkan lebih ramai kakitangan perlu diambil bekerja di pusat itu bagi memenuhi keperluan kanak-kanak.

Sementara itu, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata kerajaan kerajaan salah faham mengenai maksud dan tujuan pendidikan sepenuhnya.

“Cadangan prasekolah elit pada dasarnya menyatakan hanya kanak-kanak kaya boleh mendapat pendidikan yang baik, sama sekali bertentangan dengan tujuan menutup jurang antara pelajar melalui pendidikan,” kata Teo kepada FMT.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu menyediakan sekolah yang berbeza bagi keluarga M40.

“Ibu bapa yang mampu membayarnya boleh menghantar anak mereka ke sekolah swasta atau antarabangsa,” katanya.