Singapura, Indonesia benarkan perjalanan rasmi, perniagaan perlu

Pegawai kesihatan menunggu ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia Januari lalu. (Gambar AP)

SINGAPURA: Singapura dan Indonesia bersetuju membuka semula sempadan antara 2 negara itu untuk perniagaan perlu dan perjalanan rasmi selepas penutupannya untuk membendung penularan Covid-19.

Indonesia mencatatkan lebih 333,000 kes Covid-19, ke-2 tertinggi di Asia Tenggara selepas Filipina, dan ibu negaranya Jakarta melaksanakan sekatan sosial yang ketat.

Singapura pula hanya merekodkan sebilangan kecil kes Covid-19 setiap hari.

Kementerian Luar 2 negara itu menerusi kenyataan bersama pada Isnin berkata, individu yang memenuhi syarat perlu menjalani ujian saringan sebelum dan selepas perjalanan rentas sempadan.