Israel beri pelajar vaksin supaya boleh ambil peperiksaan
Sasar remaja berusia 16 hingga 18 tahun yang bakal duduki peperiksaan tentukan kemasukan ke universiti.
Suntikan diberikan dengan izin ibu bapa itu adalah untuk “membolehkan mereka kembali ke sekolah seterusnya mengadakan peperiksaan,” kata jurucakap kementerian pendidikan dipetik BBC.
Peperiksaan matrikulasi diambil pelajar israel pada akhir sekolah menengah memainkan peranan penting untuk masa depan mereka termasuk kemasukan universiti selain penempatan dalam tentera untuk khidmat negara yang diwajibkan untuk rakyatnya.
Kementerian pendidikan berkata masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada sekolah boleh dibuka bulan depan.
Lebih suku daripada 9 juta populasi Israel telah disuntik sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer sejak 19 Disember, kata kementerian kesihatan.
Proses dimulakan dengan golongan berusia dan dalam kategori berisiko tinggi, tetapi kini mereka yang berusia 40 tahun ke atas juga boleh disuntik.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Israel berharap membuka semula ekonominya, Februari ini.