
RAMALLAH: Palestin merekodkan lima kes baharu Covid-19 varian Omicron pada Sabtu, lapor agensi Anadolu.
Jurucakap kementerian Kamal Al-Shakhra dalam kenyataan berkata jangkitan baharu itu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki.
Beliau berkata jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23.
Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama varian baharu pada 23 Dis.