
KYIV: Sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh dan lima cedera dalam serangan tentera Rusia di sebuah pasar raya besar di Kherson, selatan Ukraine.
Pejabat pendakwa Ukraine berkata, maklumat awal menunjukkan tentera Rusia menyerang bandar itu, manakala Menteri Dalam Negeri Ihor Klymenko berkata mangsa adalah pelanggan dan pekerja premis pasar raya besar itu.
Gambar dikongsikan dalam talian oleh kementerian itu menunjukkan pintu masuk premis berkenaan yang mengalami kerosakan teruk manakala mayat dilihat terbaring di depannya.
“Kita tidak boleh berunding dengan pembunuh Rusia. Mereka mesti dibawa ke muka pengadilan atau dihapuskan,” kata Klymenko.
Rusia tidak mengulas kejadian itu.
Tentera Ukraine menawan Kherson November lalu selepas hampir lapan bulan dikuasai Rusia. Kawasan itu kini menghadapi serangan hampir setiap hari oleh tentera Rusia.