
DUBAI: Sebuah helikopter AeroGulf terhempas di laut pada petang Khamis dan pencarian masih diteruskan untuk dua juruterbangnya, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Am Emiriah Arab Bersatu hari ini.
Nahas itu berlaku di luar pantai Dubai selepas helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum.
Pengawal selia penerbangan berkata, dua juruterbang helikopter Bell 212 itu masing-masing ialah warga Mesir dan Afrika Selatan.
“Pasukan mencari dan menyelamat sudah menemui bangkai helikopter dan pencarian masih diteruskan untuk krunya. Pasukan penyiasat nahas udara sudah ke lokasi kejadian,” kata pihak berkuasa.