
JAKARTA: Sebelas orang maut, manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta api merempuh bas mini di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada Ahad malam.
Ketua pejabat mencari dan menyelamat Jawa Timur, Muhammad Hariyadi berkata nahas berlaku ketika bas mini itu melintas persimpangan kereta api tanpa penghadang, sebelum dirempuh sebuah kereta api.
Kejadian berlaku di Kampung Ranupakis pada 7.53 malam waktu tempatan.
Polis berkata, siasatan sedang dijalankan.