
MOSCOW: Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Okt mencecah 50, manakala 11 cedera dan tiga lagi hilang.
Perkara itu didedahkan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, lapor Sputnik.
“Setakat 20 Nov, dalam #IsraelGazaWar, CPJ telah mendokumentasikan: – 50 wartawan maut…11 cedera…3 hilang…18 ditahan,” tulis jawatankuasa itu di X.