
NANJING: Tujuh maut dalam kebakaran sebuah kilang di timur wilayah Jiangsu, China pada Isnin, menurut sumber tempatan.
Kebakaran di Tiantianrun Textile & Technology Co Ltd yang terletak di bandar Wuxi itu berlaku pada 6.30 petang Isnin, lapor Xinhua.
Syarikat itu beroperasi selama 20 tahun dan antara pengeluar benang yang memasarkan produk untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Punca kebakaran masih disiasat.