20 pelajar perubatan ke konvensyen diculik di Nigeria

20 pelajar perubatan ke konvensyen diculik di Nigeria

Pelajar Universiti Jos itu diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata di Otukpo.

Sekurang-kurangnya 20 pelajar perubatan diculik ketika dalam perjalanan menghadiri sebuah konvensyen tahunan di Nigeria. (Gambar Freepik)
ABUJA:
Sekurang-kurangnya 20 pelajar perubatan dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan menghadiri konvensyen tahunan Persekutuan Pelajar Perubatan dan Pergigian Katolik, di Nigeria.

Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo, sebuah bandar di negeri Benue, kata jurucakap polis Catherine Sewuese Anene kepada Xinhua.

Siasatan sedang dijalankan dan agensi keselamatan diarah menjejaki kumpulan bersenjata serta menyelamatkan mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.