Lebih 200,000 terkandas banjir di Bangladesh

Lebih 200,000 terkandas banjir di Bangladesh

Tiga mukim iaitu Phulgazi, Chhagalnaiya, dan Porsuram terjejas teruk akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat.

bangladesh
Lebih 200,000 orang di beberapa mukim di timur Bangladesh terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang melanda hampir seminggu. (Gambar X)
DHAKA:
Banjir di timur Bangladesh menyaksikan lebih 200,000 orang di beberapa mukim terjejas, kata seorang pegawai pada Rabu.

Ketua pentadbiran daerah Feni, Shahina Akhter berkata bahawa tiga mukim iaitu Phulgazi, Chhagalnaiya, dan Porsuram terjejas teruk akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat.

Hujan lebat selama hampir seminggu serta aliran sungai deras dari kawasan pergunungan di hulu menyebabkan sungai-sungai melimpah.

“Anggota tentera bersama sukarelawan tempatan mula memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat yang lebih selamat,” kata Akhter kepada agensi berita Jerman (dpa).

Tiada laporan mengenai kematian atau orang hilang setakat ini.

Pejabat cuaca tempatan merekodkan hujan sekitar 183 milimeter di daerah Feni hingga pagi Rabu, dan lebih banyak hujan diramalkan sehingga Jumaat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.