10 maut tembakan di Mexico

10 maut tembakan di Mexico

Setakat ini, pihak berkuasa sudah menahan seorang suspek.

MEXICO CRIME VIOLENCE
Mangsa korban akibat tembakan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita, manakala tujuh mangsa cedera sedang dirawat di hospital. (Gambar AFP)
MEXICO CITY:
Sekurang-kurangnya 10 maut, manakala tujuh lagi cedera dalam tembakan di sebuah bar di negeri Queretaro, Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan.

Serangan itu berlaku di Bar Los Cantaritos pada malam Sabtu, apabila empat individu bersenjata melepaskan tembakan mengorbankan tujuh lelaki dan tiga wanita, menurut laporan Pejabat Peguam Negeri, lapor Xinhua.

“Empat individu bersenjata menaiki sebuah van telah dikenal pasti dan nombor plat kenderaan mereka diperolehi,” kata Juan Luis Ferrusca, setiausaha keselamatan awam di daerah Queretaro.

Sementara itu, tujuh mangsa cedera sedang dirawat di hospital berhampiran.

Setakat ini, seorang suspek ditahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.