Afrika Selatan hantar pulang pelampau kulit putih ke Poland

Afrika Selatan hantar pulang pelampau kulit putih ke Poland

Janusz Walus, 71, imigran Poland yang mendapat kerakyatan negara itu diberi parol selepas membunuh pemimpin antiapartheid, Chris Hani, pada 1993.

Janusz Walus
Tindakan Janusz Walus menembak mati pemimpin antiapartheid hampir cetus perang saudara setahun selepas tamatnya era apartheid. (Gambar Wikipedia)
JOHANNESBURG:
Pihak berkuasa Afrika Selatan mengumumkan akan menghantar pulang Janusz Walus, 71, pelampau kulit putih yang menjalani hukuman penjara tiga dekad atas pembunuhan pemimpin antiapartheid, Chris Hani pada 1993, lapor Agensi Anadolu (AA).

Walus, seorang imigran Poland yang memperoleh kerakyatan Afrika Selatan, menembak mati Hani di luar rumahnya di Boksburg, timur Johannesburg, pada April 1993.

Pembunuhan itu dikatakan hampir mencetuskan perang saudara di Afrika Selatan, hanya setahun selepas peralihan negara itu daripada sistem apartheid kepada pemerintahan demokrasi.

Menteri di Jabatan Presiden Khumbudzo Ntshavheni, memaklumkan pada sidang media yang Walus akan segera dihantar pulang ke Poland.

Dua tahun lalu, Mahkamah Perlembagaan mengarahkan pembebasan Walus dengan syarat parol.

Walus menjalani hukuman dua tahun di bawah program perkhidmatan masyarakat di Afrika Selatan yang selaras dengan peraturan parol.

Hani ialah pemimpin Parti Komunis Afrika Selatan, rakan rapat Kongres Kebangsaan Afrika, parti terbesar di negara itu.

Penyokong, keluarga, dan parti Hani meluahkan kemarahan selepas mahkamah mengarahkan pembebasan Walus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.