Gangguan elektrik di Sumatera, 4 maut terhidu asap generator

Gangguan elektrik di Sumatera, 4 maut terhidu asap generator

Ia susulan gangguan bekalan elektrik berpunca daripada sistem penghantaran elektrik Sumatera.

mayat
Empat maut dan tiga lagi dimasukkan ke hospital di Sumatera Barat serta Utara dalam kejadian yang dikaitkan dengan pelepasan asap daripada generator diesel. (Gambar Envato Elements)
JAKARTA:
Empat maut, manakala tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas dipercayai terhidu asap toksik daripada generator diesel yang digunakan ketika gangguan bekalan elektrik meluas di Pulau Sumatera, Indonesia, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Insiden berlaku di Sumatera Utara dan Barat ekoran gangguan bekalan elektrik berpunca daripada sistem penghantaran elektrik Sumatera.

Di daerah Batu Bara, Sumatera Utara, dua mangsa ditemui maut dalam sebuah rumah selepas menggunakan generator di bilik yang tiada pengudaraan baik, menurut polis tempatan.

Pihak berkuasa mengesyaki mangsa sesak nafas selepas terhidu asap.

Dua lagi maut dan tiga dimasukkan ke hospital di Sumatera Barat dalam kejadian sama yang dikaitkan dengan pelepasan asap daripada generator.

Syarikat elektrik milik kerajaan Indonesia, PLN sebelum ini berkata, gangguan besar melanda grid tenaga di utara dan tengah Sumatera kira-kira 6.44 petang Jumaat (waktu tempatan) menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan jutaan penduduk.

Menurutnya, pemeriksaan bagi mengenal pasti punca gangguan itu masih dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.