10 fakta menarik mengenai piza

Tak mungkin kita tidak pernah menikmati makanan dari Itali ini, piza. Kebanyakan kita menyukai makanan yang didatangkan dalam pelbagai citarasa pasti akan menyukainya pada pertama kali makan.

Bagaimanapun, kita bukanlah komuniti yang makan piza setiap hari. Mungkin ada orang yang memilih berbuat demikian, tetapi bukan saya. Lagipun harganya jika dibeli bukanlah murah dan cara buatnya bukanlah semudah yang disangka.

Sebagai seorang penggemar piza, saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa fakta menarik mengenai makanan yang ditemui pada abad ke-10 itu:

  • Secara purata, sekeping piza mengandungi 272 kalori, 12.7 protein, 1.8 gram serat, dan 9.8 gram lemak.
  • Lebih 10% perkhidmatan makanan yang dijual di Amerika Syarikat adalah piza.
  • Hari Sabtu merupakan hari yang paling ramai orang makan piza.
  • Lebih 5 billion piza dijual di seluruh dunia setiap tahun.
  • Penghantar piza mendakwa perempuan lebih banyak memberi upah kepada mereka berbanding lelaki.
  • Perempuan 2 kali ganda menyukai ‘veggie pizza’ berbanding lelaki.
  • Piza yang paling mahal pernah dibuat berharga $2,745.
  • Bahan yang paling banyak digunakan untuk membuat piza di Jepun ialah sotong, mayonis, kentang dan bacon.
  • Topping piza yang paling popular di seluruh dunia ialah pepperoni
  • 36% orang mengambil piza semasa sarapan pagi.
  • 9 daripada 10 pelajar universiti menyukai piza.
  • Piza walaupun berasal dari Itali, makanan ini ditemui hampir di semua negara dengan resepi tempatan masing-masing.
  • Piza juga ada muziumnya tersendiri di Philadelphia, Amerika Syarikat di kenali Pizza Brain.

Demikianlah fakta-fakta menarik mengenai piza yang dapat dikongsikan kepada anda. Adakah anda penggemar piza? Perisa piza apa yang anda suka? Saya menyukai semua perisa!

Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com