Minuman ‘misteri’ untuk kurangkan lemak perut

Menghilangkan lemak perut menjadi sasaran khusus ramai orang walaupun ia tidak melibatkan masalah berat badan. Memang semua orang tidak kisahlah kurus atau tidak lemak perut bukan sesuatu yang asing.

Menurut fakta kesihatan, lemak perut sebenarnya adalah lemak yang paling berbahaya kerana ia meletakkan risiko penyakit jantung, angin ahmar, diabetes jenis 2 dan penyakit lain.

Di samping latihan senaman dan kawalan diet, ada beberapa mitos yang menghubungkaitkan minuman tertentu dengan membakar lemak di dalam perut.

Benarkah?

Untuk mengetahui fakta-fakta tersebut, pakar pemakanan Jillian Kubala, MS, RD memberi penjelasan berikut:

1. Air Putih

“Air adalah salah satu minuman terbaik untuk menurunkan berat badan,” kata Jillian. Satu kajian mendapati pengambilan air, terutamanya sebelum makan dapat mengurangkan pengambilan kalori yang akhirnya membantu menghilangkan lemak perut yang berlebihan. Jika bosan dengan air kosong, tambahkan kepingan buah segar sebagai air detoks.

2. Kopi

Jillian mengesyorkan kopi untuk mengurangkan berat badan. Kopi yang dimaksudkan adalah kopi hitam tanpa gula dan bukan kopi segera seperti yang dibeli di kafe atau restoran. Kafein sering dikaitkan dengan penurunan berat badan dan ia mempunyai bukti saintifik. Ia menjadi minuman yang berkesan sebelum bersenam.

3. Matcha

Matcha atau teh hijau mengandungi ketekin iaitu antioksidan yang berkesan untuk meningkatkan metabolisme dan membantu dalam penurunan berat badan. Di samping itu, kafein yang terkandung dalam serbuk teh hijau dapat meningkatkan tenaga ketika bersenam dan menjadikan latihan lebih efektif. Namun, ketika mengambil serbuk teh hijau, berhati-hati dengan cara menyediakannya. Janganlah amalkan matcha tea latte kerana minuman itu biasanya ditambah dengan gula dan susu berkalori. Maka usaha penurunan berat badan lebih sukar dicapai.

4. Teh halia

Pengambilan segelas teh halia panas boleh membantu menurunkan berat badan kerana ia membuat kita merasa kenyang sekaligus mengurangkan pengambilan kalori. Jillian menambah, satu kajian menunjukkan teh mampu meningkatkan thermogenesis, pengeluaran haba dalam tubuh, yang akan membantu kita membakar lebih banyak kalori keseluruhan. Ahli diet yang juga pengasas Real Nutrition di New York, Amy Saphiro, MS, RD, CDN menjelaskan, teh kayu manis juga amat berkesan dalam menurunkan berat badan. Ini kerana, kayu manis terkenal dengan properti mengawal gula darah sehingga membantu meminimalkan lemak perut.

5. Cuka epal

Menambah sesudu cuka epal ke dalam air dan meminumnya dipercayai dapat membantu usaha penurunan berat badan. “Cuka epal melambatkan pencernaan, membuat kita merasa kenyang lebih lama dan meminimumkan makan berlebihan,” ujar Jillian. Menurutnya, cuka epal yang dicairkan dalam air boleh mempercepatkan metabolisme tubuh dan membantu mencerna karbohidrat.