Cabaran media sosial yang paling ‘tidak berguna’

Pelbagai berita dan laporan mengenai cabaran #keke baru-baru ini mewarnai media massa. Walaupun ia dilihat sebagai sekadar satu permainan, namun banyak negara yang sudah menghalang cabaran ini kerana boleh mengundang bahaya.

Arab Saudi misalnya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan #kekechallenge atas sebab yang sama, tidak selamat dan mungkin tidak bermoral.

Cabaran planking dan baldi ais merupakan antara cabaran paling popular di Malaysia sekaligus mendapat liputan meluas. Namun kita bukan mahu bercakap mengenai cabaran yang popular dan diterima baik, sebaliknya mengenai cabaran-cabaran yang diklasifikasi sebagai “tidak berguna” atau “jahil” sehingga membawa maut, ataupun kecederaan kepada diri sendiri, orang lain atau gangguan sosial.

1. #kekechallenge

Cabaran yang terbaru dan mendapat liputan meluas pada masa kini di Malaysia.
Mungkin selepas ramai artis dan selebriti terkenal mengambil bahagian dalam cabaran yang memerlukan pencabar turun dari kereta bergerak sambil menari untuk lagu In My Feeling oleh penyanyi, Drake. Rata-rata, cabaran ini menerima kecaman kerana bukan sahaja membahayakan malah tidak kelihatan bermoral.

https://www.youtube.com/watch?v=JB8CSavRYzw

Kredit: Jebart Media

2. #kyliejennerchallenge

Satu lagi cabaran yang agak tidak masuk akal, apabila ramai khususnya wanita mengambil cabaran ini dengan menekup cawan di bibir mereka dan menyedut sehingga bibir mereka menjadi besar. Masalahnya bukan hanya mengenai bibir yang menjadi besar seperti membengkak tetapi turut menyebabkan kemalangan iaitu gelas pecah mencederakan bibir.

3. #Don’tJudgeChallenge

Cabaran #Don’tJudgeChallenge ini sepatutnya menjadi kempen bagi menentang memalukan seseorang dimalukan atas faktor rupa. Dalam cabaran ini, pengguna diajak membuat video pendek untuk menunjukkan transformasi antara muka yang bermasalah dan sempurna. Namun tujuannya terpesong, selepas ia didapati seolah ‘memperli’ mereka yang mempunyai wajah bermasalah. Remaja menggunakan wajah yang dilukis secara berlebihan dan tiba-tiba menjadi sangat sempurna dan cantik. Cabaran itu juga dilihat secara sengaja dibuat untuk menunjukkan kecantikan dan bukan menyanjungi kecelaan.

4.#chokinggame

Cabaran #chokinggame ini pernah mencetus kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia. Cabaran ini memerlukan seseorang bertindak menekan dada dengan kuat hingga tidak bernafas selama beberapa saat. Terdapat beberapa video yang tular di laman sosial menunjukan remaja lelaki berbuat demikian sekaligus mencetus kontroversi. Kesan daripada tekanan (choking) itu dikatakan akan menyebabkan hilang nafas selama beberapa saat, namun ia juga boleh mengundang maut.

Aktiviti ini menjadi bahaya apabila jantung berada dalam selaput pericardium maka apabila ditekan, jantung tidak boleh berdegup dengan baik hingga menyebabkan kematian secara mengejut.

5.#SyantikDanceChallenge

Ia merupakan cabaran yang popular dalam kalangan pelajar sekolah Malaysia, mungkin ramai daripada kita tak berapa mengenalinya. Sama seperti cabaran #panamadance yang melibatkan kakitangan kerajaan suatu masa dahulu, .#SyantikDanceChallenge pula popular dalam kalangan remaja sekolah. Ia mula menjadi terkenal apabila dilakukan semasa upacara rasmi sekolah. Namun, cabaran ini dikecam kerana menggunakan lirik lagu Indonesia, ‘Lagi Syantik’ yang merupakan rayuan seorang kekasih kepada temannya membawa mesej yang tidak sesuai untuk remaja.

https://www.youtube.com/watch?v=Dq7BcrqjeA0