Fakta menarik pemimpin dunia yang ramai tidak tahu

Sekarang ini keadaan politik negara terus menjadi panas walaupun pilihan raya umum berlalu. Kedua-dua belah pihak sama ada Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional terus bertikam lidah untuk menegakkan kebenaran dan kehebatan parti masing-masing.

Keadaan menjadi bertambah panas apabila sidang Dewan Rakyat sedang berjalan ketika ini. Ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional terus menyerang antara satu sama lain di samping mempertahankan dasar yang dibuat oleh parti masing-masing.

Situasi yang berlaku ini ialah perkara biasa. Ahli-ahli politik memang bersikap begitu. Mereka akan terus berlawan untuk mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa.

Oleh kerana ahli-ahli politik daripada kedua-dua belah parti itu menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia, maka pada hari ini kami ingin kongsikan kepada anda semua fakta-fakta menarik mengenai ahli politik. Bagaimanapun, fakta-fakta menarik itu bukanlah mengenai ahli-ahli politik di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Fakta-fakta menarik yang kami bawakan dalam artikel ini adalah berkisar mengenai pemimpin-pemimpin yang terkenal di seluruh dunia. Antara fakta-fakta tersebut ialah :

– Apabila Fidel Castro menjadi pemerintah Cuba, beliau menghapuskan semua permainan Monopoly di negara tersebut.

– Winston Churcill dilahirkan di dalam tandas wanita.

– Benjamin Franklin ialah anak bongsu dalam keluarganya. Bapa dan datuknya juga merupakan anak bongsu dalam keluarga.

– Al Gore ialah orang yang mencipta perkataan ‘internet’ dan ‘global warming’.

– Terdapat 42 cubaan untuk membunuh Aldolf Hitler.

– Saddam Hussein mempunyai senaskhah Al-Quran yang ditulis dengan darahnya sendiri dalam tempoh 2 tahun.

– Kim Il Sung dilahirkan pada hari kapal Titanic karam.

– Selain menjadi Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte juga bertugas sebagai guru sejarah di sebuah sekolah tinggi di The Hague dua jam setiap minggu.

– Donald Rumsfeld merupakan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat yang paling muda dan yang paling tua dalam sejarah.

– Majalah Time pernah menamakan Joseph Stalin sebagai Man of The Year pada tahun 1942.

– Benito Mussolini mempunyai perasaan takut kepada kucing.

Itulah fakta-fakta menarik pemimpin dunia yang kami kongsikan kepada anda. Tidak lama lagi pasti fakta-fakta menarik mengenai pemimpin-pemimpin Malaysia.

Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com