Temui penyanyi Anuar Zain di pentas Singapura

Siapa yang tak kenal dengan artis berkarisma, Anuar Zain. Popular sebagai penyanyi sensasi Malaysia, Anuar Zain antara artis yang dinanti-nantikan untuk ditemui di atas pentas.

Ini kerana persembahan di atas pentas beliau ternyata membawa pengalaman yang berbeza dan sempurna apatah lagi kepada para peminat beliau.

Pemenang kategori Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 ini dijangka muncul dengan konsert terbaru beliau pada 26hb Oktober 2018 ini tetapi kali ini buat semua pencinta muzik serta peminat-peminat di Singapura dan serantau.

Anuar Zain yang mengaluni lagu-lagu balada dengan penuh emosi dan penghayatan, melibatkan diri dalam industri seni ini semenjak berusia 13 tahun lagi dijangka pasti membawa keterujaan yang sama dalam konsert akan datang.

Dengan kemenangan dan penghargaan yang diberi oleh Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik serta pelbagai majlis anugerah lain di dalam industri muzik , vocal dan bakat nyanyian Anuar Zain meletakkan beliau di dalam liga yang teratas dan tersendiri seterusnya menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi dan penghibur yang di kagumi di rantau ini.

Selepas kejayaan konsert pada tahun 2015 di Singapura, Anuar Zain kini kembali ke pentas Singapura untuk persembahan satu malam yang istimewa dan pastinya memukau ramai.

Apa yang pasti, para peminatnya diminta bersiap sedia untuk dibuai dengan alunan suara merdu penyanyi terkemuka ini yang akan membariskan koleksi lagu lama dan baru.

Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 akan diadakan pada 26hb Oktober 2018, 8.30pm di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre.

Tiket-tiket dari SGD $228, $188, $158, $128 dan $98 (tidak termasuk yuran tempahan SISTIC) boleh didapati di semua outlet SISTIC, via hotline 63485555 dan juga secara online di www.sistic.com.sg mulai 3hb Ogos 2018 ini.

Konsert ini dibawakan khas oleh Hype Records. Layari www.hyperecords.com dan https://www.facebook.com/HypeRecords bagi sebarang maklumat lanjut.