Hilangkan kesan paku pada dinding

Dinding yang telah dicabut pakunya akan meninggalkan kesan yang tidak menarik. (Gambar rawpixel)

Kesan paku pada dinding memberikan pandangan tidak sempurna. Apatah lagi jika terlalu banyak kesan sehingga mencacatkan dinding kediaman anda. Walaupun telah dicat, kesannya masih nampak ketara. Apa kata cuba tips di bawah untuk menghilangkan kesan tersebut.

1. Kapur sirih

Anda boleh menutupnya dengan menyapu kapur sirih pada bahagian yang berlubang. Biarkan sehingga kering dan sapukan cat.

2. Habuk kayu dan gam kayu

Hanya campurkan kedua-dua bahan ini dan sapukan ke bahagian kesan paku tadi, kemudian ‘sanding’. Nah, kesan lubang hilang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]