Nyahkan kesan makanan pada dinding

Dapur yang bersih dan kemas akan menyerlahkan mood memasak anda. (Gambar Rawpixel)

Masakan Malaysia, banyak melibatkan cili boh atau cili yang dikisar dimasak dalam minyak panas. Hasilnya, sambal yang ditumis atau kuah yang mereneh akan melompat-lompat keluar daripada kuali dan terpercik di dinding sehingga meninggalkan kesan.

Tidak menjadi masalah jika dinding dapur anda berjubin atau permukaan yang licin kerana proses pembersihan adalah mudah atas permukaan seperti itu. Tetapi jika dinding dapur hanya simen yang biasa, pasti kesan tersebut sukar ditanggalkan.

Apa kata, cuba cara ini untuk menyelesaikannya:

Campurkan sedikit soda bikarbonat, cuka dan perahan lemon, gosok pada kesan percikan makanan di dinding.

Gosok campuran beberapa kali sehingga tertanggal. Untuk mempercepatkan proses pembersihan, anda boleh cuci menggunakan hidrogen peroksida.

Pastikan gas ditutup terlebih dahulu dan tiada makanan diletakkan di penunu semasa mencuci dinding.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]