Produk kraf Sabah kini ke persada antarabangsa
Hasil kraf dari pelbagai kumpulan etnik di Sabah memikat orang ramai terutamanya pelancong yang kini boleh mendapatkannya melalui pembelian dalam talian.
KOTA KINABALU: Di sinilah beradanya 42 kumpulan etnik dan 200 sub-etnik, yang telah mencipta paduan seni dan kraf unik di Sabah.
Dari sarung bermotif batik, corak pemburu kepala masyarakat Murut, parang Bajau, tas tangan berbentuk kelapa hingga rekaan permaidani yang rumit, segalanya hasil keluaran negeri di bawah bayu ini.
Produk-produk ini kini sedang mendapat perhatian masyarakat dunia apabila dipasarkan dalam talian dan menjadi industri bernilai jutaan ringgit.
Dalam lawatan kerja ke Sabah baru-baru ini yang diatur oleh Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri berkata, pelancong amat kagum dengan hasil kerja kraftangan negeri itu.
Permintaan yang menggalakkan telah memberi peluang kepada lebih ramai pengusaha barangan kraf tempatan mengeluarkan hasil seni mereka.
Kementeriannya juga turut menawarkan program bertaraf sijil dan diploma kepada golongan muda di Sabah yang ingin mencuba perniagaan ini.
Barangan kraf Sabah yang mendapat permintaan termasuklah:
Permaidani
Penduduk Sabah sememangnya berbangga dengan pelbagai ciptaan yang dihasilkan oleh anak tempatan seperti Dastar, Mugah, Ampik, Pis dan Sambitan.
Penenun permaidani Hasilahsiratirow Handa memberitahu FMT, idea rekaan ini dihasilkan berdasarkan flora dan fauna dari ekosistem Orang Asli.
Menurutnya lagi, setiap produk permaidani selalunya digunakan sebagai hiasan dinding atau untuk menutup perabot – ianya buatan tangan dan kerana itu ia mengambil masa beberapa hari untuk menenun hanya beberapa meter sahaja.
Daun origami
Daun pandan dan daun kepala diproses dan digubah menjadi straw fleksibel dan dianyam menjadi topi, pembungkus makanan, tikar, bakul dan barangan rumah lain.
Kraf dari buluh
Buluh digunakan untuk membuat bakul memancing. Ia juga digunakan untuk membuat alat muzik, tikar, laci dan dulang.
Kraf kulit kayu
Kraf ini dijadikan bekas pensel, topi, kotak kayu dan tas tangan yang diperbuat daripada kulit pokok. Jaket kulit kayu dan topi selalunya digunakan semasa upacara perkahwinan.
Tenunan rotan
Rotan senang didapati di Borneo dan tenunan rotan merupakan kraf paling popular di Sabah. Kumpulan etnik ini menghasilkan tas tangan, topi tradisional, bakul dan tikar darinya.
Manik
Hasil seni manik dihasilkan oleh wanita yang mahir dalam kerja-kerja rekaan, warna serta memberikan motif yang melambangkan status sosial dan identiti mereka. Kebanyakan dari rekaan diilhamkan dari alam semulajadi.
Rekaan batik
Juga diinspirasikan dari alam, batik Sabah selalunya direka dengan motif daun, geometrik, haiwan dan bunga.
Tudung saji
Penutup makanan ini selalunya diberi warna-warna ceria seperti kuning, merah jambu dan biru, ia selalunya dibuat menggunakan daun Serdang kering menyerupai telapak tangan yang didapati di kawasan paya.
Selalunya ia mengambil masa sehari dan tiga hari untuk membuat tenduang atau tudung saji.
Kraf logam
Tembaga dan gangsa digunakan masyarakat Sabah sebagai barang kemas, arca, perkakas dan serta alat muzik dan ia sentiasa mendapat permintaan yang menggalakkan.
Produk-produk ini boleh didapati di laman kementerian e-bazaar di www.mycraftsshoppe.com.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]