Aku bukan gila

Aku bukan gila telah mula ditayang 6 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR: Aku bukan gila, sebuah filem mengenai pergolakan emosi dan mental yang menggandingkan pelakon Beto Kusyairy dan Fasha Sandha.

Ia mengisahkan perjalanan hidup gadis bernama Adra (Fasha Sandha) yang telah kematian ibunya. Bergolak dengan emosi mencari ketenangan diri, Andra telah merantau ke sebuah pekan kecil di North Wales. Andra kemudian bertemu Andre (Beto Kusyairy) yang cuba membantunya namun ditolak Andra.

Adra, lakonan Fasha Sandha, gadis yang berperang dalam pergolakan emosi dan mental.
Beto Kusyairy sebagai Adre.

Pelbagai insiden berlaku sepanjang perkenalan mereka sehingga merungkai personaliti Andra yang sentiasa berubah-ubah. Adakah mereka berdua akan menemui cinta dan rawatan penyakit psikiatri mereka akan sembuh?

Aku bukan gila, filem arahan Rahila Ali ini telah mula ditayang pada 6 Oktober lalu di platform penstriman WeTV iflix. Ianya percuma jika anda memuat turun aplikasinya di telefon pintar atau laman sesawang WeTv iflix.

Andre cuba membantu Andra yang ingin membunuh diri kerana gagal mengawal emosinya.

Menurut Rahila, filem yang diterbitkan oleh Pencil Pictures And Records ini ditulis oleh penghidap Bipolar Disoder Type 1 with Manic Depression & Anxiety Disorder.

“Walaupun kita tak mampu untuk rasa apa yang penghidap ini rasa sekurangnya kita cuba memahami & mengambil tahu untuk membantu & menyelamatkan mereka.” ujar Rahila.

Aku bukan gila, filem arahan Rahila Ali.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]