Diet sihat dengan 4 sarapan berkhasiat, mudah dan cepat

Miliki tubuh yang sihat, haruslah mengambil makanan yang berkhasiat. Mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang sihat. Apa kata anda cuba empat resepi di bawah ini.

Resepi sihat 1: Ayam buttermilk panggang

Bahan-bahan:

  • 1 cawan buttermilk
  • Sedikit serbuk thyme
  • 4 ulas bawang putih dihiris halus
  • ½ sudu teh garam
  • 1 kilo setengah potongan ayam (ambil bahagian dada)

Cara menyediakannya:

  1. Letakkan buttermilk, thyme, bawang putih dan garam di dalam mangkuk besar. Masukkan potongan ayam dan gaulkan sehingga campuran buttermilk tersebut meliputi keseluruhan bahagian ayam. Perap dan sejukkan selama sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk.
  2. Setelah 8 jam, ambil ayam tadi dan panggang di atas kuali pemanggang dengan menggunakan api sederhana. Masak sekitar 5 hingga 7 minit sebelum membalikkannya.

Resepi sihat 2: Keledek bakar

Bahan-bahan:

  • 4 biji keledek yang telah dibersihkan (tidak dikupas)
  • ½ cawan yogurt
  • 1 biji epal yang telah dipotong dadu
  • 2 sudu madu
  • ¼ cawan serbuk kelapa yang telah disangai

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. Letakkan 4 biji keledek pada loyang dan masukkan ke dalam ketuhar.
  2. Bakar keledek tersebut sehingga lembut iaitu sekitar 45 minit.
  3. Ambil pisau dan potong keledek tersebut dengan hirisan berbentuk X. Kupas kulit keledek dan lenyekkan isi keledek dengan menggunakan garpu.
  4. Letakkan bahan-bahan lain iaitu yogurt, potongan epal, madu dan juga serbuk kelapa sebagai topping keledek tersebut.
  5. Gaulkannya sebelum anda mula menikmatinya.

Resepi sihat 3: Telur kacau kari

Bahan-bahan:

  • 8 biji telur
  • ¼ cawan susu
  • ½ sudu teh serbuk kari
  • ¼ sudu teh garam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 2 biji tomato yang dihiris dan dipotong dadu (pilihan)

Cara menyediakannya:

  1. Dalam mangkuk yang besar, pukul telur, susu, serbuk kari, garam, dan lada sulah.
  2. Letakkan kuali dan masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya. Sebaiknya, anda menggunakan kuali non-stick untuk hasil masakan yang lebih cantik.
  3. Tuangkan campuran telur tersebut. Masak dan kacau sehingga telur mula menebal dan tidak ada lagi telur yang masih cair. Kemudian, tutup api.
  4. Hidangkan telur tersebut bersama dengan potongan tomato.

Resepi sihat 4: Sandwich tomato dan avocado

Bahan-bahan:

  • ½ biji avokado yang telah masak
  • 4 keping roti gandum penuh
  • 1 biji tomato yang dihiris nipis
  • 2 biji bawang merah yang dipotong dan dicincang halus
  • 2 sudu mayones

Cara menyediakannya:

  1. Lenyekkan avokado sehingga hancur menjadi seperti pes.
  2. Sapukan pes avokado pada dua keping roti yang telah dipanggang.
  3. Letakkan hirisan tomato dan bawang merah yang telah dicincang ke atasnya. Tuangkan sedikit mayones pada hirisan tomato tersebut.
  4. Tutup dengan kepingan roti dan nikmati sandwich anda.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]