Cara elak bibir kering akibat memakai mask terlalu lama

Memakai mask terlalu lama boleh menyebabkan bibir cepat kering. (Gambar Rawpixel)

Pandemik Covid-19 belum nampak penghujungnya. Ini bermakna, ‘mask’ sudah jadi teman setia bila berada di luar.

Tetapi jika anda sedar, kerana terlalu lama memakai mask bahagian bibir menjadi cepat kering. Kotoran, peluh, air liur malah gincumu semuanya berkumpul di dalam mask hingga menjadikan bibir mudah kering dan pecah-pecah. Oleh itu, rawatlah bibir anda sebelum ia menjadi lebih serius.

1. Elakkan dari menjilat bibir

Tabiat menjilat bibir apabila kering menjadi satu sifat semulajadi. Cuba elakkan perbuatan ini kerana apabila air liur terkena pada bibir kering, ia akan mengeluarkan lembapan dari jaringan bibir. Bakteria yang terdapat dalam air liur juga akan menyerap ke dalam bibir kering. Ini akan menjadikan bibir anda cepat pecah.

2. Eksfoliasi bibir kamu dengan lembut

Tujuan pengelupasan kulit bibir adalah untuk meningkatkan penggantian sel dan menghapuskan kulit mati. Anda boleh biarkan proses pengelupasan terjadi dengan sendiri. Elak dari menggosok kulit bibir terlalu kuat. Boleh juga menyapu minyak atau krim bibir.

3. Elak rumusan lipstik matte

Lipstik matte selalunya dibuat dengan minyak atau emolien paling sedikit dan ini akan memudahkan tekstur bibir menjadi kering dengan cepat. Sebelum memakai lipstick, pastikan anda memakai pelembap bibir atau lip balm dahulu.

4. Sapukan SPF sebelum memakai mask

Bukan hanya wajah, bibir juga perlu disapu SPF (krim pelindung matahari) untuk menjaga kelembapan dan melindunginya dari pancaran kasar matahari. Sinar berbahaya ini akan menyebabkan rasa terbakar pada kulit yang kering. Sekaligus boleh menyebabkan bibir menjadi luka.

5. Jangan pakai mask berulang kali

Mask yang dipakai berkali-kali bukan hanya boleh menyebabkan kulit bibir menjadi kering malah merbahaya kepada anda. Ini kerana bakteria, kotoran, peluh, dan air liur akan terkumpul di dalam mask dan boleh mendatangkan penyakit. Sebaiknya, tukar mask setiap empat jam sekali bagi mengelakkan kamu dijangkiti bakteria dan kekotoran.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]