Dr M: Faizal masih MB Perak

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih menteri besar Perak.

“Setakat yang kita tahu, Faizal masih MB,” katanya ketika ditanya mengenai laporan mengenai cubaan menggulingkan beliau.

Ketua Pembangkang Perak Datuk Saarani Mohamad mendakwa wujudnya gerakan dalam exco negeri untuk menyingkir Faizal.

Ia dikatakan kerana ketidakpuasan hati dalam kalangan exco terhadap menteri besar.

Saarani dilapor berkata dia meramalkan berulangnya krisis perlembagaan 2009 jika Sultan Perak mendapati Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan kerana “masalah” dalam kalangan Pakatan Harapan.