3 Adun Umno dilantik menteri penuh Kabinet Sabah, kata sumber

Barisan Adun yang mengangkat sumpah sebagai pembantu menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi tadi. (Gambar Facebook Jabatan Penerangan Sabah)

KOTA KINABALU: Tiga Adun Umno difahamkan antara dilantik sebagai menteri penuh Kabinet Sabah, menurut sumber.

Sumber di Jabatan Ketua Menteri itu turut menamakan 3 wakil rakyat itu iaitu Jafry Ariffin (DUN Sukau) ke portfolio pelancongan, kebudayaan, dan alam sekitar; Shahelmey Yahya (DUN Tanjung Keramat) ke portfolio pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat; dan Yakub Khan (DUN Karambunai) ke portfolio sains, teknologi, dan inovasi).

Selain mereka, turut dilantik, kata sumber, Ariffin Arif dari PPBM (DUN Membakut) ke portfolio tugas-tugas khas dan Ellron Angin dari STAR (DUN Sook) ke portfolio belia dan sukan.

Semua wakil rakyat berkenaan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negeri pagi tadi.

Difahamkan juga, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menyenaraikan 6 orang untuk dilantik sebagai Adun, antaranya Presiden SAPP, Yong Teck Lee; dan Setiausaha PAS Sabah, Aliakbar Gulasan.

Empat individu lain ialah Suhaimi Nasir, Raimie Unggi, Jaffari Walliam, dan Amisah Yassin.

Bagaimanapun, Yong dan Amisah dikatakan tidak hadir pada majlis angkat sumpah pagi tadi.

Berikut senarai 18 Adun yang dilantik sebagai pembantu menteri:

  1. Abidin Madingkir (pembantu menteri kepada ketua menteri)
  2. Wetrom Bahanda (pembantu menteri kepada ketua menteri)
  3. Nizam Abu Bakar Titingan (pembantu menteri kewangan)
  4. Jasni Daya (pembantu menteri kewangan)
  5. Limus Jury (pembantu menteri kerja raya)
  6. Robert Tawik (pembantu menteri kerja raya)
  7. James Ratib (pembantu menteri pertanian dan perikanan)
  8. Hendrus Anding (pembantu menteri pertanian dan perikanan)
  9. Tamin Zainal (pembantu menteri pembangunan industri)
  10. Isnin Aliasnih (pembantu menteri kerajaan tempatan dan perumahan, serta menteri kewangan II)
  11. Mohamad Hamsan Awang Supian (pembantu menteri kerajaan tempatan dan perumahan, serta menteri kewangan II)
  12. Samad Jambri (pembantu menteri pembangunan luar bandar)
  13. Harun Durabi (pembantu menteri pembangunan luar bandar)
  14. Joniston Bangkuai (pembantu menteri pelancongan, kebudayaan, dan alam sekitar)
  15. Jovita Mojungki (pembantu menteri pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat)
  16. Flovia Ng (pembantu menteri pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat)
  17. Rudy Awah (pembantu menteri sains, teknologi dan inovasi)
  18. Andy Muhammad Suryady Bandi (pembantu menteri belia dan sukan).